SEJARAH SEKOLAH
KEBANGSAAN TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)
TARIKH
|
PERISTIWA
|
01.02.1992
|
Sekolah ditubuhkan tetapi murid-murid dan guru-guru menumpang di SK
Taman Tun Dr. Ismail (1).
|
01.04.1993
|
Warga SK Taman Tun Dr. Ismail (2) mula menggunakan bangunan sendiri di
Jalan Abang Haji Openg dengan 19 orang guru dan 400 orang murid. Pentadbiran
diuruskan oleh Guru Penolong Kanan, Puan Margaret Sankey dengan 3 blok
bangunan yang mengandungi 12 bilik darjah dari darjah 1 hingga darjah 4 (
setiap darjah mempunyai 3 kelas ) dan klinik gigi, bilik guru dan kantin.
|
Julai 1993
|
Ketibaan Guru Besar pertama, En. Mohd Noh bin Buhari.
|
September 1993
|
Guru Besar dipindahkan ke Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.
|
16.10.1993
|
Guru Besar kedua En. Othman bin Hj. Saleh melapor diri.
|
1993
|
Kelab komputer ditubuhkan dengan 190 orang murid dan 10 buah komputer.
|
Disember 1993
|
Kelas khas (PKBP Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran) ditubuhkan
dengan 3 orang guru dan 20 orang murid.
|
1994
|
Sekolah digunakan oleh Sekolah Agama Taman Tun Dr. Ismail pada sebelah
petang.
|
16.04.1994
|
Sukan tahunan pertama diadakan berbanding dengan sebelum ini hanya
sukaneka dijalankan.
|
Januari 1995
|
Seramai 83 orang murid SK Taman Tun Dr. Ismail 2 telah menduduki UPSR
untuk kali pertama. Sekolah telah mendapat tempat kelima terbaik di Wilayah
Persekutuan.
|
Februari 1995
|
Pusat Sumber sekolah mula beroperasi sepenuhnya.
|
1995
|
Sekolah Agama berpindah ke bangunan barunya.
|
Mac 2003
|
Program Rintis kelas Disleksia dilancarkan dengan 16 orang murid dan 3
orang guru baru.
|
September 2003
|
Padang sekolah telah digantikan dengan pembinaan dua buah blok baru
iaitu Blok A dan Blok B untuk menampung bilangan murid yang semakin
bertambah. Dewan terbuka adalah terletak pada blok A.
|
Januari 2005
|
Prasekolah dimulakan dengan 25 orang murid, seorang guru dan seorang
pembantu. Di samping itu, projek Rintis Program j-QAF (Jawi, Quran, Arab,
Fardhu Ain) turut dilaksanakan.
|
Januari 2006
|
Kelas KIA2M (Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis) untuk murid
darjah 1 mula diadakan.
|
2008
|
Murid-murid PPKI memenangi pertandingan bercerita peringkat negeri.
Pasukan Pengakap Sekolah telah Berjaya ke peringkat Negeri dalam
pertandingan kawad kaki.
Tersenarai dalam sepuluh buah sekolah yang mendapat pencapaian terbaik
peperiksaan UPSR di peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
|
2009
|
Murid PPKI memenangi Bowling peringkat negeri.
Pasukan Pengakap Sekolah mewakili Wilayah Persekutuan ke peringkat
Kebangsaan dalam pertandingan kawad kaki.
|
2010
|
Program Linus dilaksanakan untuk murid-murid tahun satu.
Perasmian Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (2).
|
2011
|
Perasmian Bilik Terapi Sensory PPKI.
Anugerah Pengurusan Kokurikulum terbaik peringkat Negeri.
Johan Negeri Pertandingan Kawad Kaki.
GPK Kokurikulum Pn. Tan Tee Chooi bertukar ke Sk Bukit Damansara.
|
No comments:
Post a Comment