LENCANA SEKOLAH
Warna Kuning
Melambangkan
kesetiaan dan ketaatan guru dan murid menjaga nama baik sekolah dari anasir
yang tidak diingini.
Warna Merah
Melambangkan
kegigihan guru dan murid menggembleng tenaga bersama untuk menaikkan imej dan
prestasi pendidikan di sekolah.
Warna Putih
Melambang kesuciaan
dan kemurniaan terhadap cita-cita murni sekolah untuk melahirkan murid yang
bersih dan suci terhadap cita-cita, masa depan dan tingkahlaku yang bermoral
tinggi.
Warna Biru
Menjadi warna latar
lencana ini melambangkan keharmonian dan kesepaduan antara guru dan murid untuk
meningkatkan kualiti dan taraf pendidikan di sekolah untuk memjukan masyarakat
dan negara.
KETERANGAN MENGENAI LENCANA
Sebagai sebuah
sekolah yang mempunyai cita-cita tinggi terhadap kemajuan murid-murid dalam
bidang kurikulum dan kokurikulum, reka bentuk lencana ini melambangkan
inspirasi kepada FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA seperti yang tercatat di bawah:
Perisai Lencana
Melambangkan
ketahanan dan ketabahan guru-guru dan murid-murid menempuhi pelbagai cabaran di
alam pendidikan dengan penuh keyakinan dan keazaman yang tinggi dan semangat
yang kuat.
Buku Yang Terbuka
Ia melambang ilmu
yang dipelajari di sekolah ini adalah luas yang merangkumi bidang akademik dan
bukan akademik dengan secara langsung atau tidak langsung yang dicurahkan oleh
guru pada murid untuk mencapai cita-cita masa depan yang gemilang.
BUKU BERLAPIK TIGA
: Melambangkan konsep KURIKULUM BARU SEKOLAH RENDAH yang menekankan tiga aspek
iaitu membaca, menulis dan mengira.
WARNA PUTIH PADA
BUKU : Melambangkan kesucian ilmu pendidikan untuk melahirkan murid-murid yang
cemerlang.
Atom Dan Gear
Melambangkan sains
dan teknologi yang menjadi teras kemajuan dan pembangunan Negara sepertimana
cita-cita Negara untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara maju berdasarkan
WAWASAN 2020.
Pemegang Obor Dan
Obor
Ia melambangkan
semangat yang berkobar-kobar yang sentiasa menyala menjadi sumber inspirasi
untuk terus mencapai kejayaan yang cemerlang di masa hadapan. WARNA HIJAU pada
pemegang obor melambangkan pendokong dan penggalak usaha-usaha murid sekolah
untuk terus maju.
WARNA MERAH pada
api obor melambangkan semangat guru-guru dan murid yang tidak kunjung padam
untuk meneruskan cita-cita memaju dan meningkatkan pencapaian dalam bidang pendidikan.
API OBOR PECAH 5
pada api obor melambangkan lima prinsip RUKUN NEGARA yang menjadi pegangan guru
dan murid di sekolah serta semua rakyat Malaysia.
Lima Bulatan
Bertindih
Ia melambangkan
bidang sukan dan kokurikulum yang mempunyai kepentingan yang seiring dengan
bidang akademik untuk melahirkan muris yang sihat dan cergas selaras dengan
konsep “SUKAN UNTUK SEMUA”
Cogankata “Ilmu
Kunci Kejayaan”
Ia bermaksud
murid-murid yang hendak Berjaya di masa depan memerlukan ILMU, tanpa ILMU
kejayaan tidak akan dapat dicapai.
Pereka Cipta
Lencana ini telah
direka cipta oleh En. Othman bin Samad dengan kerjasama dan persetujuan oleh
Guru Besar SKTTDI(2), En. Mohd Noh bin Buhari.
Tarikh Mula
Digunakan
9 April 1993
No comments:
Post a Comment